ad
BERITA UTAMA

Mencari tafsiran di sebalik kitaran lunar lima unsur 12 haiwan

29 Jan 2025, 9:00 AM
Mencari tafsiran di sebalik kitaran lunar lima unsur 12 haiwan

Tahun Baharu Cina disambut oleh masyarakat Cina seluruh dunia kerana ia menandakan tahun baru kalendar lunar.

Perayaan itu terbahagi kepada kitaran 12 tahun sempena zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan dalam kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Watak haiwan terbahagi pula kepada lima unsur berlainan iaitu unsur logam, air, kayu, api dan tanah.

Setiap haiwan membawa maksud tersendiri. Tahun ini, jatuh pada 29 Januari, bermulanya Tahun Zodiak Ular.

Terdapat beberapa teori popular kewujudan zodiak itu. Salah satunya kisah Maharaja Jade ingin memilih haiwan sebagai pengawal istananya.

Wartawan NADIAH ZAMLUS merungkai maksud 12 haiwan berkenaan termasuk sikap, tingkah laku dan kekuatan haiwan mengikut kepercayaan kaum Cina.

 

ASAL USUL

Maharaja Jade dikatakan ingin memilih 12 haiwan untuk menjadi pengawal istananya.

Awalnya dia menyukai lembu, kerana jujur dan tekun. Namun rupa-rupanya terdapat tikus di belakang lembu sekali gus membuatkan haiwan itu menjadi pilihan nombor satu.

Harimau dinobat sebagai Raja Hutan manakala naga diberi gelaran Penguasa Laut. Kemudian turutan haiwan diikuti arnab, ular, kuda, kambing, monyet dan ayam jantan.

Anjing dihukum menjadi haiwan ke-11 kerana menggigit arnab. Babi pula yang terakhir kerana lewat menghadiri temu duga bersama maharaja berkenaan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.