BERITA UTAMA

EXCO: Negeri peruntuk dana RM3 juta, basmi kemiskinan melalui keusahawanan

29 Jan 2025, 2:12 AM
EXCO: Negeri peruntuk dana RM3 juta, basmi kemiskinan melalui keusahawanan
EXCO: Negeri peruntuk dana RM3 juta, basmi kemiskinan melalui keusahawanan
EXCO: Negeri peruntuk dana RM3 juta, basmi kemiskinan melalui keusahawanan

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 29 JAN: Kerajaan Selangor terus memberi suntikan dana berjumlah RM3 juta untuk pembangunan usahawan negeri ini dalam usaha membasmi kemiskinan.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata RM2 juta disalurkan menerusi Program Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan manakala Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) menerima RM1 juta.

Katanya, impak positif program itu dapat dilihat menerusi lonjakan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan bagi perniagaan yang diusahakan.

[caption id="attachment_684410" align="aligncenter" width="943"] EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berucap ketika majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) daerah Petaling di Wisma Kohijrah, Shah Alam pada 28 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Untuk suri rumah, kalau mereka belajar dengan baik bagaimana untuk menjahit, mereka boleh menjana pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

"Inilah usaha Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Program ini akan diteruskan tahun ini dan akan datang," katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) di sini semalam.

Papparaidu berkata, inisiatif itu sangat baik kerana memberi manfaat besar dan ia diharap dapat membangun ekonomi mereka pada tahap lebih memberangsangkan.

"Inilah tujuan utama kita untuk membasmi kemiskinan, langkah menangkap ikan. Bukan semata-mata kita memberikan kepada mereka, tetapi kita mengajar ataupun memberi peralatan untuk menangkap ikan," kata beliau.

I-Seed membantu 20 usahawan tahun lalu dengan peruntukan RM140,000 manakala 300 usahawan memperoleh manfaatnya sejak 2021.

Permohonan baharu I-Seed akan dibuka Februari ini, terbuka untuk rakyat Selangor dengan pendapatan tidak lebih RM3,000 dan perniagaan mesti beroperasi di Selangor.

[caption id="attachment_684411" align="aligncenter" width="1278"] EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu menyampaikan sumbangan peralatan kepada penerima ketika majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) daerah Petaling di Wisma Kohijrah, Shah Alam pada 28 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]