ADN

DUN Kota Anggerik anjur khatan perdana, bayaran serendah RM30

27 Jan 2025, 2:00 PM
DUN Kota Anggerik anjur khatan perdana, bayaran serendah RM30
DUN Kota Anggerik anjur khatan perdana, bayaran serendah RM30

SHAH ALAM, 27 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menganjurkan program khatan perdana pada 2 Februari ini di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, di sini.

Wakil rakyatnya menerusi Facebook mempelawa ibu bapa yang tinggal di DUN berkenaan membawa anak mereka menyertai program yang bermula jam 9 pagi.

Menurut Najwan Halimi, program terbuka kepada 50 peserta dengan bayaran RM30 manakala kos lain akan ditanggung pusat khidmat masyarakat DUN.

Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar menerusi pautan https://forms.gle/Pk4MaxqUe5KdH2v68.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 012-627 4262 (Ustaz Adi); 012-625 5182 (Ustaz Dhiyau) atau 011-1060 2702 (Zulhamizan).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.