SHAH ALAM, 27 JAN: Orang ramai berpeluang mendapatkan aneka barangan asas murah di tiga lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) sempena Tahun Baharu Cina pagi ini.
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan, jualan sama turut berlangsung di tiga cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh.
Program itu menawarkan ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).
Turut ditawarkan tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).
Berikut lokasi dan waktu jualan mega berkenaan:

Belanjawan 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER tahun ini, sekali gus membuktikan tekad pentadbiran negeri meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.
JER dijadual berlangsung di lebih 1,700 pada termasuk jualan mega semasa musim perayaan dinaikkan dari dua kepada enam kali tahun ini.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


