SHAH ALAM, 26 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Tahun Baharu Cina yang menawarkan barangan asas dengan harga berpatutan akan dianjurkan pada 27 dan 28 Januari
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan di Facebook, inisiatif itu menawarkan ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).
Turut dijual tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).
Berikut lokasi dan waktu jualan JER:






