KAJANG, 16 JAN: Ahli Parlimen Bangi memanfaatkan kunjungan rumah ke rumah sempena Tahun Baharu Cina dengan berkongsi inisiatif Kerajaan Negeri.
Syahredzan Johan berkata langkah tersebut diambil bagi menguar-uarkan pelbagai bantuan disediakan Kerajaan Negeri khususnya baucar Jom Shopping Perayaan.
“Di Parlimen Bangi seramai 38 peratus berbangsa Cina… sudah pasti kita menyantuni semua penduduk dengan menyerahkan sampul angpau dan limau.
“Bagaimanapun, ketika kunjungan jika penduduk memerlukan bantuan kita akan membantu dengan merujuknya ke pejabat ahli dewan negeri berkaitan,” katanya.
[caption id="attachment_682273" align="alignnone" width="773"] Penduduk membeli barangan keperluan di Pasar Awam Bandar Baru Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi yang terlibat dengan kerja ubah suai oleh MPKj pada 15 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Sebelum ini, EXCO pembasmian kemiskinan memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM4.76 juta bagi baucar Jom Shopping Perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
V Papparaidu berkata 23,800 baucar bernilai RM200 akan diagih pejabat DUN dan penyelaras membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).