ad
AGENDA

BMI bawah 28 antara syarat baharu polis naik pangkat, kata KPN

16 Jan 2025, 2:50 AM
BMI bawah 28 antara syarat baharu polis naik pangkat, kata KPN

SHAH ALAM, 16 JAN: Indeks jisim badan (BMI) bawah 28 antara syarat baharu dikenakan untuk membolehkan anggota polis diberi kenaikan pangkat, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, kriteria tersebut ditambah bagi memastikan proses kenaikan pangkat dalam pihak berkuasa itu menjadi lebih ketat.

"Inisiatif ini penting untuk memastikan kesihatan dan kemahiran anggota polis, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara," katanya.

BMIadalah ukuran untuk menilai berat badan berbanding ketinggian, sekali gus menentukan sama ada individu tersebut normal, kurang atau lebih berat badan atau obesiti.

Bagi dewasa, BMI yang sihat antara 18.5 hingga 24.9. BMI 25.0 atau lebih ialah berat badan berlebihan, manakala BMI bawah 18.5 dikira kurang berat badan.

Berucap dalam perhimpunan bulanan polis di ibu negara hari ini, beliau berkata pihaknya juga memperkasa proses kenaikan pangkat supaya lebih telus, adil dan memberi peluang sama rata.

Razarudin menjelaskan tindakan dibuat termasuk menambah baik Dasar Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis melalui pelaksanaan e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Dalam Talian (PeKAT).

"Ia bertujuan untuk membendung isu pilih kasih, tohmahan dan memastikan pemilihan calon yang sesuai, cekap dan layak," tambahnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.