PETALING, 13 JAN: Tambahan jenis produk dalam Jualan Ehsan Rahmah (JER) dan pembukaan Ehsan Mart membuktikan Kerajaan Negeri prihatin dengan keperluan rakyat terutama dengan peningkatan kos sara hidup.
Pengunjung K Maragatham, 61, berkata jualan produk baharu antaranya sardin, bihun, sabun cuci baju dan lampin pakai buang selain enam barangan asas utama menjadikan program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu sebagai tumpuan rakyat.
[caption id="attachment_681851" align="alignleft" width="398"]
K Maragatham.[/caption]
"Saya memang selalu berkunjung ke JER. Hari ini saya belanja tidak sampai RM100 beli ayam, beras, ikan dan sardin. Saya juga beli sabun basuh baju sebab harga satu kilogram hanya RM16, lebih murah berbanding di pasar raya.
"Terima kasih Kerajaan Selangor dan PKPS kerana sentiasa prihatin dengan nasib rakyat. Program ini memang banyak bantu kami," katanya ketika ditemui di program jualan murah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara di Pasar Pagi TK3/17, di sini, hari ini.
Bagi Salmah Hamdan, 62, beliau menyambut inisiatif PKPS menambah jenis produk jualan seperti lampin pakai buang yang ditawarkan murah berbanding harga pasaran.
"Sebelum ni JER hanya tumpukan jualan barangan asas utama iaitu ayam, daging, ikan, beras, minyak masak dan telur. Tetapi tahun ini JER ditambah baik dengan menjual lebih banyak produk.
[caption id="attachment_681852" align="alignright" width="398"]
Salmah Hamdan.[/caption]
"Alhamdulillah, rakyat memang ternantikan program ini. Semalam dapat tahu daripada kumpulan WhatsApp jiran, ingatkan sudah tidak dianjurkan rupanya masih ada. Harap JER dianjurkan lebih kerap selepas ini," katanya.
Mengulas pembukaan pasar raya Ehsan Mart, Nur Laila Ahmad, 72, menyambut baik inisiatif itu dan berharap pasar raya dibuka di lokasi strategik.
"Lebih mudah dan selesa untuk masyarakat membeli-belah, kita tidak lagi perlu beratur berpanas seperti di JER yang dianjurkan di bawah khemah. Cumanya saya harap harga masih sama walaupun dalam kedai berpenghawa dingin," katanya.
[caption id="attachment_681853" align="alignleft" width="398"]
Nur Laila Ahmad.[/caption]
Sementara itu, Penyelaras DUN Kinrara Muhammad Nazif Zulkifli berkata
lebih 300 individu pelbagai lapisan masyarakat berkunjung ke program tersebut.
"Antara barangan baharu jenama Ehsan yang dibawa hari ini adalah sabun basuh baju, minyak masak botol dua kilogram, bihun dan sardin. Semua barangan ini mendapat permintaan tinggi," katanya.
JER 2025 membuka tirainya hari ini di lima lokasi iaitu di DUN Kinrara, Bandar Baru Klang, Rawang, Bukit Melawati dan Sungai Kandis.
Pengunjung berpeluang membeli ayam RM12 seekor, daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).
[caption id="attachment_681870" align="alignright" width="398"]
Penyelaras JER DUN Kinrara Muhammad Nazif Zulkifli[/caption]
Program jualan murah itu turut menawarkan produk baharu antaranya sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).
Sebelum ini, EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim memaklumkan JER yang menjual enam produk utama keperluan penduduk bakal bertambah kepada 12 jenis produk mulai tahun ini. Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER.
Selangor juga menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah dibuka di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.
Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.
[caption id="attachment_681849" align="aligncenter" width="700"]
Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Pagi TK 3 Taman Kinrara, Subang Jaya pada 13 Januari 2025 . Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_681850" align="aligncenter" width="700"]
Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Pagi TK 3 Taman Kinrara, Subang Jaya pada 13 Januari 2025 . Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_681855" align="aligncenter" width="701"]
Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Pagi TK 3 Taman Kinrara, Subang Jaya pada 13 Januari 2025 . Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]


