ad
AGENSI

KDEBWM sedia tong roro untuk sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina

9 Jan 2025, 6:23 AM
KDEBWM sedia tong roro untuk sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina
KDEBWM sedia tong roro untuk sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 9 JAN: KDEB Waste Management (KDEBWM) membekalkan tong ‘Roll On Roll Off’ (Roro) kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi pembuangan sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata pihaknya turut membuat kutipan rumah ke rumah dengan menumpukan kawasan majoriti penduduk yang merayakan perayaan tersebut.

[caption id="attachment_636623" align="alignleft" width="446"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato' Ramli Mohd Tahir (tengah) pada sidang media mengenai operasi KDEBWM sepanjang Aidilfitri di Ibu Pejabat KDEBWM, Shah Alam pada 5 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau memberitahu kawasan PBT terlibat termasuk Shah Alam (348 lokasi), Klang (178 lokasi) dan Subang Jaya, berdasarkan permohonan kepada KDEBWM dengan 800 slot disediakan.

“Pada setiap musim perayaan, KDEBWM akan bekerjasama dengan PBT untuk membekalkan tong Roro atau membuat kutipan rumah ke rumah bagi kemudahan penduduk membuang sampah pukal,” katanya.

Pada masa sama, Ramli berkata kutipan sampah pukal akan dibuat seperti biasa tanpa tambahan kekerapan, selain memastikan kerjasama dengan PBT lancar.

Sebelum ini, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma sempena Tahun Baharu Cina mulai 20 hingga 28 Januari.

Menurutnya, penduduk perlu memohon kepada KDEBWM bermula 13 hingga 21 Januari dan keutamaan diberikan kepada penduduk yang menyambut Tahun Baharu Cina.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.