SHAH ALAM, 8 JAN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) membuka permohonan permit bazar Ramadan secara dalam talian bermula esok.
Menurut pihak berkuasa tempatan itu tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Januari atau apabila tapak penuh.
“Pemohon boleh imbas kod QR di poster atau membuat permohonan melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScsXHf76DV1B9tlUSm3II4R_oJ-E3hZtZSBILM5QJch94ZB6w/viewform,” katanya di Facebook.
Maklumat lanjut, layari www.mdsb.gov.my atau hubungi Jabatan Pelesenan 03-32241655 sambungan 144/145 (waktu pejabat).