ad
BERITA UTAMA

Pasukan khas ditubuh penuhi hasrat Selangor jadi hab reka bentuk cip global

7 Jan 2025, 2:37 PM
Pasukan khas ditubuh penuhi hasrat Selangor jadi hab reka bentuk cip global
Pasukan khas ditubuh penuhi hasrat Selangor jadi hab reka bentuk cip global
Pasukan khas ditubuh penuhi hasrat Selangor jadi hab reka bentuk cip global
Pasukan khas ditubuh penuhi hasrat Selangor jadi hab reka bentuk cip global

SHAH ALAM, 7 JAN: Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Petugas Semikonduktor bagi mencapai matlamat Selangor menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.

EXCO pelaburan berkata pasukan petugas yang bakal dipengerusikannya itu berperanan menyelaraskan pelbagai aspek industri termasuk rantaian bekalan, pembangunan bakat dan perancangan strategik.

Menurut Ng Sze Han, pasukan itu turut dianggotai Perunding Foxconn Datuk Lai Yit Long, Ketua Pegawai Maklumat Khazanah Nasional Datuk Hisham Hanidan, Pengasas dan Pengerusi BlueChip VC Datuk Seri PY Lai dan Pengarah Urusan The Hive Southeast Asia Datuk Syed Haizam Jamalullail.

[caption id="attachment_677767" align="aligncenter" width="810"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han ketika Sidang media pasca laporan Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 di Hotel Mardhiyyah Shah Alam pada 13 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Pasukan khas ini akan mengadakan sekurang-kurangnya empat kali mesyuarat setahun untuk menyelaraskan usaha dalam semua aspek industri, termasuk dinamik rantaian bekalan, pembangunan bakat dan perancangan strategik.

"Kita yakin kepakaran setiap ahli pasukan ini akan mempercepat inisiatif negeri sekali gus membawa Selangor ke arah kedudukan peneraju dalam sektor semikonduktor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sze Han berkata antara hala tuju pasukan petugas berkenaan termasuklah pembangunan empat taman reka bentuk litar bersepadu (IC) bagi tempoh lima tahun yang direka bagi menarik antara 20 hingga 30 firma semikonduktor utama dari dalam dan luar negara.

“Usaha ini dijangka menjana kira-kira RM100 bilion dalam hasil eksport dan RM38 bilion potensi pendapatan selain mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri teknologi tinggi global,” katanya.

[caption id="attachment_656452" align="aligncenter" width="816"] Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (kanan) bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani plak perasmian pada Majlis pelancaran Taman reka bentuk litar bersepadu (IC) semikonduktor di Menara 4, Pusat Korporat Kewangan Puchong (PFCC), Subang Jaya pada 6 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga menyasarkan untuk memupuk pertumbuhan lima hingga lapan syarikat reka bentuk IC tahap ‘unicorn’ dan memajukan industri semikonduktor Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor Yong Kai Ping dalam kenyataan sama menekankan kesediaan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia untuk melatih 2,000 jurutera reka bentuk IC dan 2,000 profesional dalam kejuruteraan pembungkusan.

[caption id="attachment_638926" align="aligncenter" width="811"] Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) Yong Kai Ping bercakap ketika sidang media selepas pelancaran Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Selain itu, negeri turut berhasrat memupuk pertumbuhan lima hingga lapan syarikat reka bentuk IC tahap unicorn, seterusnya membawa industri semikonduktor Malaysia ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.