ad
BERITA UTAMA

Kolam takungan pecah, pemaju sedia bayar sagu hati kepada penduduk

2 Jan 2025, 7:03 AM
Kolam takungan pecah, pemaju sedia bayar sagu hati kepada penduduk
Kolam takungan pecah, pemaju sedia bayar sagu hati kepada penduduk

AMPANG JAYA, 2 JAN: Pemaju bersedia membayar ex-gratia (sagu-hati) kepada penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama yang terjejas akibat kolam takungan bersebelahan perumahan itu pecah, Ahad lalu.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim menjelaskan satu pertemuan akan diatur antara pemaju dengan penduduk hari ini bagi membincangkan kadar pampasan yang bersesuaian.

“Penyelaras Dewan Undangan Negeri Paya Jaras akan bantu penduduk menguruskan perkara ini. Negeri beri pertolongan wang tunai melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI,” katanya.

Ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Ehsan Mart cawangan Pandan Utama di sini hari ini, Ir Izham berkata kadar pampasan bergantung kepada jumlah kerugian ditanggung penduduk.

[caption id="attachment_680379" align="alignleft" width="445"] EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim bercakap kepada media selepas merasmikan pasar raya Kedua Ehsan Mart DUN Pandan Indah di Pandan Utama, Ampang Jaya pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Pemaju beri komitmen bersedia untuk membayar tetapi kadarnya tidak sama kepada semua penduduk. Bancian akan dibuat penyelaras DUN,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu keutamaan pembinaan masa kini untuk menstabilkan struktur tebing di kolam berkenaan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Bagi jangka masa sederhana, Ir Izham berkata ia tertumpu kepada pembinaan tembok penahan, manakala jangka panjang pula melibatkan pembangunan sistem saliran yang sedang dikaji Kerajaan Negeri.

Pada 29 Disember, dinding sebuah kolam tadahan berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Alam pecah, menyebabkan air melimpah ke keseluruhan kawasan perumahan tersebut.

Difahamkan, kejadian itu kali kedua berlaku sejak 2015.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.