BERITA UTAMA

Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)

31 Dis 2024, 2:00 AM
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)
Malaysia ungguli Muay Thai Rentap Pandan Madani (FOTO ESEI)

Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani 2024 edisi ketiga yang membuka tirainya 29 hingga 30 Disember berlangsung meriah dengan penyertaan 80 atlet amatur dan 12 profesional dari dalam dan luar negara.

Berlangsung di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang Jaya, empat atlet muay thai professional negara mengungguli kejohanan apabila meraih tiga dari lima tali pinggang dan satu piala yang ditawarkan.

Tiga tali pinggang itu menjadi milik Fuad Izuan, Muhammad Aiekal Asyraf Muhammad Jamil dan Putra Farez dengan masing-masing menerusi kategori 58, 59 dan 60 kg.

Sementara itu, seorang lagi petarung professional negara, Muhammad Iqbal Daniel Khairudin membawa pulang piala kategori 52 kg selepas menumbangkan rakan senegara Nur Muhammad Hayul.

Selain Malaysia, petarung dari Iran dan Kemboja juga cemerlang selepas masing-masing membawa pulang satu tali pinggang dari kejohanan itu.

Jurufoto FIKRI YUSOF sempat merakamkan beberapa suasana pada hari pembukaan kejohanan yang disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

[caption id="attachment_679961" align="aligncenter" width="817"] Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim beramah mesra bersama peserta ketika Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024.[/caption]

[caption id="attachment_679959" align="aligncenter" width="788"] Peserta Muay Thai kategori profesional membuat persiapan sebelum pertandingan berlangsung ketika Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024.[/caption]

[caption id="attachment_679960" align="aligncenter" width="812"] Peserta Muay Thai kategori profesional membuat persiapan dengan memakai tali yang diikat pada kepala atau dikenali dengan nama "Mongkhon" sebelum pertandingan berlangsung ketika Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024[/caption]

[caption id="attachment_679962" align="aligncenter" width="889"] Peserta Muay Thai kategori profesional masuk ke gelanggang Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024[/caption]

[caption id="attachment_679963" align="aligncenter" width="812"] Antara aksi pertarungan dalam Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024[/caption]

[caption id="attachment_679964" align="aligncenter" width="799"] Antara aksi peserta ketika Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024.[/caption]

[caption id="attachment_679966" align="aligncenter" width="953"] Aksi peserta ketika Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_679965" align="aligncenter" width="1071"] Peserta cedera pada muka ketika bertarung dalam Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024[/caption]