AGENSI

Majlis berselawat di Setia Alam petang ini, orang ramai dijemput hadir

29 Dis 2024, 6:00 AM
Majlis berselawat di Setia Alam petang ini, orang ramai dijemput hadir

SHAH ALAM, 29 DIS: Hari ketiga yang juga hari terakhir Majlis Darul Ehsan Berselawat diteruskan petang ini di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam.

Program sempena sambutan ambang tahun baharu itu disempurnakan oleh Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Majlis munajat, zikir dan berselawat itu juga diserikan dengan kehadiran tokoh terkenal antaranya Habib Ali Zainal Abidin Assegaf, Ustaz Iqbal dan Ustaz Neezam.

Kerajaan Negeri kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika ambang tahun baharu dan sambutan Hari Kemerdekaan yang menghimpunkan ribuan umat Islam.

Pada tahun ini, program tersebut dianjurkan beberapa kali antaranya pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 Februari.

Pada 2 Jun, Majlis Darul Ehsan Berselawat turut dianjurkan sempena majlis penutup Festival Turath Islami Selangor di Dataran Tapak Karnival Stadium Shah Alam, diikuti pada 31 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.