ad
AGENDA

PGA gagalkan cubaan seludup produk kosmetik di Rantau Panjang

27 Dis 2024, 3:31 AM
PGA gagalkan cubaan seludup produk kosmetik di Rantau Panjang

KOTA BHARU, 27 DIS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 selepas menemukan beberapa kotak mengandungi produk kosmetik berkenaan semasa melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira 12.30 tengah malam.

"Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi pelbagai produk kosmetik tanpa dokumen sah dan disyaki dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan.

"Nilai anggaran rampasan keseluruhan berjumlah RM15,130 dan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) peraturan kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.