AGENDA

Orang ramai miliki maklumat remaja perempuan hilang diminta salur kepada polis

24 Dis 2024, 7:58 AM
Orang ramai miliki maklumat remaja perempuan hilang diminta salur kepada polis

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 13 tahun, Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof dalam kenyataan hari ini memaklumkan kali terakhir Nur Aleeyah Qistina dilihat adalah pada petang Sabtu di kawasan blok A-2-2 Apartment Bangi Idaman, Seksyen 5C/5 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Aleeyah Qistina pada 2.20 petang Ahad lalu.

Nur Aleeyah Qistina berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan gempal dan berambut panjang serta memakai kemeja-T warna coklat ketika kali terakhir dilihat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau penolong pegawai penyiasat Sjn Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.