SHAH ALAM, 24 DIS: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) tahun depan akan ditubuhkan di setiap Parlimen di negeri ini secara berperingkat mulai tahun depan sebagai inisiatif meningkatkan kualiti hidup golongan berkenaan.
EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata penyediaan pusat tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Mayarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antara persediaan mendepani negara menua susulan peningkatan jumlah jangka hayat.
“Di Selangor sekarang ada 16 PAWE yang diuruskan JKM yang mana sasaran selepas ini mahu wujudkan sebuah pusat aktiviti itu di setiap parlimen.
“PAWE disasarkan untuk warga emas yang aktif, produktif serta tingkatkan spiritual seperti mendalami ilmu Islam kepada yang beragama Islam termasuk mengeratkan lagi silaturahim,” katanya menerusi rancangan Bual Bicara Skop SelangorTV.
Pada 16 November, Dato' Menteri Besar berkata sua lagi PAWE bakal dibuka di Kuala Langat dan Hulu Selangor tahun depan.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri turut memperuntuk RM400,000 untuk menaik taraf kemudahan dan pembelian aset di PAWE Ampang, Paya Jaras, Setia Alam dan Seri Kembangan pada 2025.
Beliau berkata langkah itu merupakan kesinambungan hasrat Kerajaan Negeri memperuntukkan geran penubuhan PAWE dengan reka bentuk universal memfokus elemen penting yang memberi kesan kepada fizikal, emosi, sosial dan keperluan warga emas setempat.


