ad
AGENSI

Lebih sembilan tan ikan pleco ditangkap, sasaran 10 tan yakin dicapai

22 Dis 2024, 9:30 AM
Lebih sembilan tan ikan pleco ditangkap, sasaran 10 tan yakin dicapai
Lebih sembilan tan ikan pleco ditangkap, sasaran 10 tan yakin dicapai
Lebih sembilan tan ikan pleco ditangkap, sasaran 10 tan yakin dicapai

SUBANG JAYA, 22 DIS: Lebih sembilan tan ikan asing berjaya didaratkan pada Program Tangkap Ikan Bandaraya (pleco) siri kedua di sepanjang lima kilometer anak Sungai Kuyoh, Seri Kembangan sejak 7 Disember lalu.

Pengasas skuad pemburu ikan itu berkata sasaran keseluruhan 10 tan dijangka dicapai hari ini susulan penyertaan menggalakkan daripada peserta selain cuaca baik sejak semalam.

Menurut Mohd Haziq A Rahman, peningkatan tangkapan juga disebabkan strategi digunakan peserta yang menangkap ikan secara berkumpulan menyumbang hasil tinggi.

“Semalam, peserta berjaya menangkap 2.9 tan dan setakat 12.00 tengah hari ini lebih satu tan selepas ditimbang. Sambutan siri kedua lebih baik.

[caption id="attachment_678910" align="alignleft" width="395"] Pengasas Skuad Pemburu Ikan Asing Mohd Haziq A Rahman ditemui ketika Program Tangkap Ikan Bandaraya (pleco) di anak Sungai Kuyoh, Seri Kembangan pada 22 Disember 2024. Foto FITRI HAZIM HAZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Program lepas hanya mendapat 4.6 tan berbanding kali ini, baru tiga minggu program hampir mencecah sasaran 10 tan,” katanya kepada Media Selangor.

Menurutnya lebih 50 peserta menyertai siri kedua dan semua ikan yang ditangkap akan dihantar ke hab Kerajaan Negeri di Seksyen 33, Shah Alam untuk pelupusan dan diproses menjadi baja.

Program tangkapan ikan asing siri kedua diteruskan sepanjang bulan ini dengan tawaran insentif RM1 bagi setiap kilogram yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad.

Siri pertama dijalankan September lalu di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat sebagai langkah memulihara spesies tempatan serta sungai.

Selain menjadi pemangsa, ikan invansif berkenaan juga berupaya menyebabkan berlakunya runtuhan tebing sungai dan ban memandangkan keupayaan menebuk lubang untuk bertelur.

[caption id="attachment_678913" align="aligncenter" width="1127"] Hasil tangkapan ikan asing ditimbang urus setia skuad pemburu ikan asing dalam Program Tangkap Ikan Bandaraya (pleco) di anak Sungai Kuyoh, Seri Kembangan pada 22 Disember 2024. Foto FITRI HAZIM HAZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.