ad
AGENSI

MBI: RM45 juta setahun diperuntuk untuk kesejahteraan rakyat, pendidikan diutamakan

21 Dis 2024, 9:17 AM
MBI: RM45 juta setahun diperuntuk untuk kesejahteraan rakyat, pendidikan diutamakan
MBI: RM45 juta setahun diperuntuk untuk kesejahteraan rakyat, pendidikan diutamakan
MBI: RM45 juta setahun diperuntuk untuk kesejahteraan rakyat, pendidikan diutamakan
MBI: RM45 juta setahun diperuntuk untuk kesejahteraan rakyat, pendidikan diutamakan

KUANTAN, 21 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk sehingga RM45 juta setahun bagi membantu kelangsungan serta kesejahteraan rakyat Selangor.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebahagian besar jumlah itu diberikan kepada sektor pendidikan sebagai usaha mempersiapkan generasi muda dengan ilmu pengetahuan.

“Kita peruntuk lebih kurang RM10 juta untuk laksana Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Ini bukan nilai yang sedikit tetapi kita mahu perkasakan pelajar malah Selangor satu-satunya negeri yang ada program ini.

“Mahasiswa Selangor dari kalangan keluarga B40 berpendapatan bawah RM5,000 juga ditawarkan bantuan peranti sama ada komputer riba atau tablet. MBI juga bantu bayaran yuran, sewa rumah dan belanja menerusi dana zakat wakalah,” katanya.

[caption id="attachment_678755" align="aligncenter" width="1116"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan komputer riba kepada pemenang ketika program Jerayawara Siswa #KitaSelangor Zon Pantai Timur di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pahang pada 21 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Program Jerayawara Siswa #KitaSelangor 2024 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini.

Ahmad Azri berkata Platform Selangor (PLATS) yang menjadi medium peniaga menjana pendapatan bakal diperkenal kepada golongan mahasiswa mulai tahun depan.

Menerusi PLATS Siswa, beliau menjelaskan inisiatif itu dapat membantu peniaga kecil dalam kalangan penuntut untuk mendapatkan pembiayaan modal serta ilmu berniaga.

[caption id="attachment_678760" align="aligncenter" width="1152"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penuntut ketika program Jerayawara Siswa #KitaSelangor Zon Pantai Timur di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pahang pada 21 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Tahun depan kita fokus cara bagaimana bantu pelajar dalam perniagaan. Ini juga dapat bantu mereka jana pendapatan,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Ahmad Azri turut mengumumkan pemberian kad modul pengenalan pelanggan (SIM) berserta data Internet selama setahun kepada penuntut yang hadir mulai Mac tahun depan.

Beliau turut memaklumkan penuntut akan didaftarkan bawah Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

[caption id="attachment_678759" align="aligncenter" width="887"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kanan) pada Forum "Ada Apa Dengan Selangor?" semasa program Jerayawara Siswa #KitaSelangor Zon Pantai Timur di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 21 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.