ad
AGENSI

Lebih 120 tan sisa banjir dikutip Skuad Ihsan Madani di Tumpat

19 Dis 2024, 5:30 AM
Lebih 120 tan sisa banjir dikutip Skuad Ihsan Madani di Tumpat
Lebih 120 tan sisa banjir dikutip Skuad Ihsan Madani di Tumpat
Lebih 120 tan sisa banjir dikutip Skuad Ihsan Madani di Tumpat

SHAH ALAM, 19 DIS: Sebanyak 121.82 tan sisa banjir dikutip Skuad Ihsan Madani sekitar Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu di Tumpat, menerusi operasi pembersihan bermula Selasa.

Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) berkata operasi mulai 8 pagi hingga 1 tengah hari melibatkan 11 jentera ‘Roll On Roll Off’ (Roro), dengan kekuatan 130 anggota dari pelbagai agensi.

Menurut agensi itu dalam kenyataan, lokasi pembersihan ditentukan Majlis Daerah Tumpat dengan keseluruhan perjalanan (trip) untuk hari pertama dan kedua sebanyak 56.

"Semua petugas Angkatan Pertahanan Awam Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT), KDEB Waste Management (KDEBWM), sukarelawan Selangor (SERVE) dan Team Selangor bersiap untuk berehat.

[caption id="attachment_678466" align="aligncenter" width="764"] Skuad Ihsan Madani membersihkan sisa banjir dalam operasi pascabah sekitar Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu, Tumpat pada 18 Disember 2024. Foto ihsan Unit Pengurusan Bencana Negeri[/caption]

"Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang menunjukkan komitmen terbaik bagi menjayakan Skuad Ihsan Madani: Misi #KitaSelangor Penyayang Pascabanjir Kelantan," katanya.

Isnin lalu, Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri menggerakkan Skuad Ihsan Madani terdiri daripada anggota PBT dan sukarelawan ke Kelantan bagi operasi pascabah.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pasukan melibatkan 45 jentera antaranya lori tangki dan lori Roro untuk menjalankan kerja pembersihan bermula Selasa hingga Khamis.

Jelasnya, skuad yang turut disertai syarikat kutipan sampah negeri KDEBWM menumpukan pembersihan infrastruktur awam yang terkesan selain rumah penduduk terjejas.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor turut menghantar pasukan bantuan bagi membantu mangsa banjir di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

[caption id="attachment_678463" align="aligncenter" width="796"] Skuad Ihsan Madani membersihkan sisa banjir dalam operasi pascabah sekitar Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu, Tumpat pada 18 Disember 2024. Foto ihsan Unit Pengurusan Bencana Negeri[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.