SHAH ALAM, 19 DIS: Gagasan Rumpun Selangor yang menjadi kerangka dalam memperkukuh perpaduan di negeri ini diteruskan tahun depan dengan konsep berbeza berbanding sebelum ini, kata EXCO perpaduan.
Datuk Rizam Ismail berkata pihaknya sedang menyusun pengisian aktiviti bagi jelajah itu yang diselaras bersama Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).
"Pelaksanaan kali ini agak berbeza dan mengikut kesesuaian... pengisian aktiviti masih dalam perbincangan kerana melibatkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
[caption id="attachment_678434" align="aligncenter" width="949"] EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail pada sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 18 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Sebelum ini, Dato' Menteri Besar memaklumkan Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan negeri ini.
Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, menerusi gagasan itu, Karnival dan Jelajah Perpaduan Rumpun Selangor diadakan di sembilan daerah dengan peruntukan RM4.5 juta.
Jelasnya, pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.
[caption id="attachment_660447" align="aligncenter" width="1222"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan hadir pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Klang 2024 di Stesen KTM Klang pada 28 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]