ad
BERITA UTAMA

Geran penggiat industri hasil produk pelancongan diagih tahun depan

16 Dis 2024, 2:00 AM
Geran penggiat industri hasil produk pelancongan diagih tahun depan
Geran penggiat industri hasil produk pelancongan diagih tahun depan

SABAK BERNAM, 16 DIS: Pemberian geran bagi mendorong penggiat industri pelancongan menonjolkan produk baharu yang lebih menarik mula diagih tahun depan.

EXCO pelancongan berkata geran bernilai RM200,000 akan menitikberatkan pelbagai aspek termasuk yang mampu memberi kesan bagi Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

“Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai insentif kepada penggiat industri pelancongan termasuk terbaharu meluluskan geran bagi menggalakkan mereka mengeluarkan produk sendiri yang menjadi tarikan untuk pelancong datang ke Selangor.

“Geran ini mula diagih pada tahun depan dan terbuka kepada persatuan pelancongan mahu pun pertubuhan bukan kerajaan. Semua boleh memohon termasuk penggiat industri di luar bandar,” kata Dato’ Ng Suee Lim.

Beliau ditemui pada program Fam Trip bersama pengamal media. Program tiga hari bermula Jumaat lalu merupakan anjuran Pejabat EXCO Pelancongan dan Tourism Selangor.

[caption id="attachment_678013" align="alignnone" width="787"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim bersama pengamal media bergambar bersama di Kapal Terbang Sekinchan ketika Fam Trip sempena Tahun Melawat Selangor 2025 pada 14 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Pengamal media dibawa menerokai pelbagai lokasi menarik antaranya Sky Mirror, Pantai Redang, Laman Choco dan Kelip-Kelip Sungai Panjang.

November lalu, Suee Lim pada pra pelancaran Kempen TMS2025 memaklumkan Kerajaan Negeri meluluskan geran RM200,000 bagi mendorong penggiat industri pelancongan menonjolkan produk baharu yang lebih menarik.

Katanya, geran yang memanfaatkan 20 penggiat industri antara lain bertujuan memastikan sektor berkenaan terus pulih dan berkembang selepas terjejas ketika pandemik Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.