BERITA UTAMA

Terima pelaburan RM66.8 bilion setakat Sept, negeri lepasi sasaran RM55 bilion

15 Dis 2024, 2:00 AM
Terima pelaburan RM66.8 bilion setakat Sept, negeri lepasi sasaran RM55 bilion
Terima pelaburan RM66.8 bilion setakat Sept, negeri lepasi sasaran RM55 bilion
Terima pelaburan RM66.8 bilion setakat Sept, negeri lepasi sasaran RM55 bilion

SUBANG JAYA, 15 DIS: Selangor mencatat kutipan pelaburan sebanyak RM66.8 bilion setakat Semptember, melepasi RM55 bilion sasaran ditetapkan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata laporan dikeluarkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjadikan Selangor sebagai negeri paling banyak menarik pelaburan.

“Malaysia telah catat jumlah kutipan terbesar dalam sejarah dengan RM254 bilion seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama.

“Selangor catat sebagai negeri paling banyak menarik pelaburan dengan RM66.8 bilion. Sehingga hujung September, kita sudah lepasi sasaran RM55 bilion,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Krismas dan rumah terbuka tahunan peringkat negeri malam tadi.

[caption id="attachment_677897" align="alignnone" width="770"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim merakam gambar bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari serta pimpinan kerajaan negeri ketika majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor di Dataran Bandar Sunway, Subang Jaya pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin berkata ketika ini pentadbirannya sedang memfokus kepada Rancangan Selangor Kedua (RS-2) yang dijangka dibentang tahun depan atau 2026 selain beberapa projek lain termasuk Lembah Klang Raya.

“Projek ini bukan hanya libatkan infrastruktur seperti jalan, lampu, saliran tetapi kita juga akan bangunkan semula kawasan lama untuk tambah pelaburan baharu. kita perlukan kestabilan dan kerjasama semua pihak.

“Dua hari lepas jumpa menteri pengangkutan dan kita dapat idea untuk sambungkan Rel Kita Selangor dari Sabak Bernam ke Sepang supaya rakyat boleh bergerak. Kita perlu stabil untuk pastikan semua ini tak terganggu” katanya.

[caption id="attachment_677918" align="alignnone" width="821"] Persembahan sempena majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor di Dataran Bandar Sunway, Subang Jaya pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada Rabu, Amirudin memaklumkan Selangor mencatat kutipan hasil sebanyak RM2.593 bilion setakat ini, melepasi 18 peratus dari RM2.2 bilion nilai sasaran tahun ini.

Beliau berkata kejayaan membuktikan kesungguhan barisan penjawat awam dan anggota pentadiran selain mencerminkan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap pentadbiran ini.