Oleh Anna Farina Abdul Rauf
HULU LANGAT, 14 DIS: Seramai 29,105 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang lahir pada 2018 mendapat manfaat menerusi program bantuan masuk sekolah 2025.
Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berkata bantuan kelengkapan persekolahan antara termasuklah beg, alat tulis, botol air dan bekas makanan.
"Kelengkapan yang diberikan semuanya berkualiti tinggi dan diharap bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam ," kata Sharizan Mohd Sharif.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serahan Bantuan Masuk Sekolah Tawas 2025 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan Semenyih di Setia Eco Hill Semenyih, hari ini.
[caption id="attachment_677840" align="aligncenter" width="709"] Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz melakukan gimik perasmian program Bantuan Masuk Sekolah Tabung Warisan Anak Selangor 2025 peringkat DUN Semenyih dan Dusun Tua di Dewan Kompleks Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) @Setia Eco Hill, Hulu Langat pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Majlis berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz yang juga penyelaras DUN Semenyih.
Dalam pada itu, Sharizan berkata rata-rata ibu bapa menghargai inisiatif negeri untuk meringankan beban perbelanjaaan keluarga menjelang sesi persekolahan.
"Program ini sudah dijalankan selama 10 tahun, dan selama program ini berlangsung kita dapat maklum balas yang sangat baik. Hampir 70 peratus ahli Tawas akan tuntuk bag sekolah," katanya.
Tawas antara program kebajikan negeri dilancarkan pada 2008 terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli menerima RM1,500 apabila berusia 18 tahun.
[caption id="attachment_677841" align="aligncenter" width="775"] Ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) ditemani ibu bapa masing-masing beratur untuk mendapatkan bantuan kelengkapan persekolah sempena program Bantuan Masuk Sekolah Tawas 2025 peringkat DUN Semenyih dan Dusun Tua di Dewan Kompleks Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) @Setia Eco Hill, Hulu Langat pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_677842" align="aligncenter" width="785"] Sebahagian ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) menunjukkan beg sekolah yang diterima sempena program Bantuan Masuk Sekolah Tawas 2025 peringkat DUN Semenyih dan Dusun Tua di Dewan Kompleks Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) @Setia Eco Hill, Hulu Langat pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]