SHAH ALAM, 13 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan sumbangan RM598,600 bagi meringankan beban mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pengerusinya berkata sumbangan berkenaan membabitkan peruntukan daripada beberapa agensi lain termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).
[caption id="attachment_677708" align="aligncenter" width="728"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bercakap kepada media selepas melepaskan konvoi Misi Prihatin Mangsa Banjir ke negeri Kelantan Terengganu dan Kedah di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 13 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Jumlah sumbangan itu akan diagihkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu dan Majlis Agama Islam Kedah.
“Kita juga turut menyampaikan sumbangan kotak makanan berupa makanan keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis pelepasan konvoi Misi Prihatin Mangsa Banjir ke Kelantan, Terengganu dan Kedah di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.
[caption id="attachment_677705" align="aligncenter" width="797"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melepaskan konvoi Misi Prihatin Mangsa Banjir ke negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 13 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Konvoi berkenaan turut disertai 100 sukarelawan yang akan melaksanakan kerja pembersihan di tanah perkuburan dan jalan utama di sekitar Kampung Mat Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata Mais bersama anak syarikat telah menyumbang sejumlah RM280,000 bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pada Januari lalu.
“Mais juga turut membantu mangsa banjir di Selangor dengan sumbangan sebanyak RM466,800 melalui peruntukan LZS, Yide dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sepanjang tahun ini,” katanya.
[caption id="attachment_677706" align="aligncenter" width="776"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melakukan gimik penyerahan sumbangan sempena majlis pelepasan konvoi Misi Prihatin Mangsa Banjir ke negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 13 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]