ad
AGENSI

Program Tunas Niaga PKNS bimbing pelajar jadi usahawan, asah kepimpinan

11 Dis 2024, 3:50 AM
Program Tunas Niaga PKNS bimbing pelajar jadi usahawan, asah kepimpinan
Program Tunas Niaga PKNS bimbing pelajar jadi usahawan, asah kepimpinan
Program Tunas Niaga PKNS bimbing pelajar jadi usahawan, asah kepimpinan
Program Tunas Niaga PKNS bimbing pelajar jadi usahawan, asah kepimpinan
Program Tunas Niaga PKNS bimbing pelajar jadi usahawan, asah kepimpinan

SHAH ALAM, 10 DIS: Program Tunas Niaga (Protune) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya membimbing pelajar menjadi usahawan serta meraih jualan bersih RM17,000 sepanjang tahun ini.

Pelajar Muhammad Hidayatul Sabil,16, berkata program berkenaan membantunya bersama sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah di Sabak Bernam menubuhkan syarikat Nakhoda Annazhofah.

Dengan menjual pelbagai produk termasuk makanan, baju serta menyediakan perkhidmatan, syarikat mereka menerima jumlah pelanggan yang ramai dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan pelawat sekolah.

[caption id="attachment_677318" align="aligncenter" width="670"] Muhamad Hidayatullah Sabil menjadi Naib Johan Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik dalam Konvensyen PROTUNe 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 10 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kami ada kiosk di sekolah. Ini mudahkan kami berniaga. Dengan sertai Protune ini, kami lebih faham dan mahir mengendalikan syarikat.

“Bukan sahaja mendapat ilmu malah mampu menjana keuntungan,” katanya yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan.

Terdahulu syarikat berkenaan dinobat sebagai pemenang Sekolah Terbaik sempena Konvensyen Protune 2024 yang berlangsung hari ini.

[caption id="attachment_677319" align="alignnone" width="670"] Syafriqar Batrisyia Zaini menjadi Johan Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik dalam Konvensyen PROTUNe 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 10 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, pemenang kategori ketua pegawai eksekutif berkata program berkenaan membentuk disiplin diri sekali gus memudahkan beliau mengemudi syarikat Nusa Gading Sdn Bhd.

Syarfiqar Batrisyia Zaini,16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading berkata segala didikan dan ilmu diterapkan PKNS juga membantu beliau dan 24 lagi pelajar lain menjadi lebih kreatif.

“Protune sangat membantu. Selain membentuk disiplin, ia mengasah bakat kami. Pengalaman tiga tahun sertai Protune juga memudahkan saya mengurus syarikat,” katanya.

Tahun ini seramai 1,250 pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima dari 49 sekolah menyertai Protune dan merekodkan sebanyak RM2.6 juta nilai jualan direkodkan dalam tempoh enam bulan.

[caption id="attachment_677322" align="aligncenter" width="674"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi (tengah) bersama guru dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah lyang memenangi Anugerah Sekolah Terbaik dalam Konvensyen PROTUNe 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 10 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_677323" align="aligncenter" width="673"] Guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah memenangi Anugerah Sekolah Terbaik dalam Konvensyen PROTUNe 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 10 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.