ad
AGENDA

41,906 pendatang tanpa izin ditahan sejak Januari, paling ramai dari Indonesia

2 Dis 2024, 7:30 AM
41,906 pendatang tanpa izin ditahan sejak Januari, paling ramai dari Indonesia
41,906 pendatang tanpa izin ditahan sejak Januari, paling ramai dari Indonesia

SHAH ALAM, 2 DIS: Jabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 41,906 pendatang asing tanpa izin sejak Januari hingga pertengahan November.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penahanan dibuat menerusi 18,163 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.

[caption id="attachment_611066" align="aligncenter" width="813"] Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Foto BERNAMA[/caption]

"Selain itu, operasi penguatkuasaan secara berterusan dilaksanakan terutamanya di 224 lokasi hotspot untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara.

"Sehingga November, pendatang dari Indonesia mencatat bilangan tertinggi dengan 12,588 orang, diikuti Bangladesh (7,822) dan Myanmar (7,112 orang)," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Jerai Sabri Azit berhubung jumlah kemasukan warga asing pada suku pertama tahun ini dan tangkapan PATI.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata negara menerima 8.62 juta kemasukan pelawat asing bagi suku pertama tahun ini dengan pelancong tertinggi adalah dari Singapura, diikuti Indonesia dan Thailand.

Menurutnya, 90 peratus pelawat asing datang ke Malaysia adalah bagi tujuan aktiviti sosial seperti melancong, membeli belah dan melawat keluarga.

“Manakala baki 10 peratus merupakan mereka yang memegang pas jangka panjang dan dibenarkan tinggal lebih lama di Malaysia mengikut tempoh pas yang diluluskan.

“Bilangan pemegang pas jangka panjang aktif sehingga 15 November lalu adalah seramai 3.07 juta,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.