ad
AGENDA

Lapan maut, dua cedera kemalangan kenderaan di Sarikei

21 Nov 2024, 2:33 PM
Lapan maut, dua cedera kemalangan kenderaan di Sarikei

SIBU, 21 NOV: Lapan orang termasuk tujuh warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kawasan berhampiran Sebanyak, Pan Borneo Jalan Sarikei–Sibu, kira-kira 20 kilometer dari Sarikei, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata kesemua mangsa yang maut menaiki Perodua Alza manakala pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan.

"Sebaik menerima panggilan pada 3.40 petang, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dengan sembilan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.

"Terdapat dua mangsa menaiki pacuan empat roda dikeluarkan orang awam dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Jurucakap itu berkata dua mangsa tercampak keluar manakala enam lagi tersepit di dalam kenderaan dan kesemuanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

"Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.