ad
AGENDA

Pantau anak GISBH lebih lama, pastikan ajaran tidak lagi wujud

19 Nov 2024, 10:00 AM
Pantau anak GISBH lebih lama, pastikan ajaran tidak lagi wujud
Pantau anak GISBH lebih lama, pastikan ajaran tidak lagi wujud

SHAH ALAM, 19 NOV: Proses pemulihan anak-anak yang diselamatkan dari pusat jagaan GISB Holdings (GISBH) memerlukan masa panjang dengan tempoh minima setahun.

Dato’ Menteri Besar berkata pemulihan bukan hanya tertumpu kepada kebajikan, pendidikan dan kesihatan sebaliknya kepada akidah demi memastikan tiada entiti baharu yang mengamalkan ajaran kumpulan itu.

[caption id="attachment_673941" align="aligncenter" width="815"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bercakap kepada media selepas sesi Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang Ke-15 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Proses pemantauan bawah negeri sehingga esok namun ada lanjutan sehingga Januari, kita ada sekitar empat bulan. Kita terbatas dengan perundangan namun pentadbiran menyerahkan kepada bahagian undang-udang.

“Kita mahu pantau mereka tetapi tempoh singkat, yang tidak mungkin mereka berada dalam keadaan atau situasi lebih baik. Idealnya untuk dapat laksanakan secara berterusan bawah kawalan kita namun akan hormati undang-undang,” katanya.

Bercakap pada sidang media majlis penyerahan sumbangan kepada pasukan khas GISBH, Amirudin berkata pihaknya mahu menggunakan pendekatan atau strategi berbeza dalam usaha memastikan ajaran GISBH tidak lagi wujud pada masa depan.

Berdasarkan pengalaman, Amirudin berkata ajaran Al-Arqam dan Rufaqa’ itu tetap tersebar hingga diyakini sehingga tiga generasi meski ahlinya termasuk pimpinan utamanya Ummu Jah melakukan istitabah selama 500 jam

"Mereka (pengikut Al-Arqam dan Rufaqa’) bersetuju ikuti kursus istitabah dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi kursus wajib 500 jam sebelum kita yakin mereka mengisytiharkan taubat dan dibenarkan kembali kepada masyarakat.

"Namun, natijahnya selepas itu wujud permasalahan ini (GISBH). Jadi, kali ini kita kena melakukan strategi berbeza dan tidak boleh gunakan kaedah yang sama," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.