Belanjawan Selangor 2025 bertemakan Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani, memperuntukkan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.
Antara perkara yang menarik perhatian adalah pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam dan elaun majlis pengurusan komuniti kampung, yang dilihat memberi manfaat langsung kepada golongan berkenaan.
Langkah ini mencerminkan fokus terhadap pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat, dengan penekanan pada pembangunan infrastruktur, ekonomi, dan kebajikan sosial.
Jurufoto Media Selangor merakam suasana dan peristiwa di dalam dan di luar Dewan Undangan Negeri sepanjang pembentangan belanjawan tersebut bagi memberikan gambaran visual yang jelas kepada masyarakat mengenai proses dan isi kandungan belanjawan yang dibentangkan.
Foto oleh AHMAD ZAKKI JILAN, FIKRI YUSOF, REMY ARIFIN, NUR ADIBAH AHMAD IZAM, MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN, HARUN TAJUDIN
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memasuki Dewan Negeri Selangor bagi pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Dato' Menteri Besar (kanan) bersama barisan EXCO dan pegawai pentadbiran negeri berdoa mengikut fahaman agama masing - masing sebelum pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Barisan pembangkang yang hadir ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Kakitangan Dewan Negeri Selangor mengimbas kod QR bagi akses ucapan pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Pemandu teksi di Kompleks PKNS, Shah Alam menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2025 Selangor Dinamik: Cita Sempurna Masyarakat Madani di Youtube Selangor TV pada 15 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Kakitangan SUK Selangor mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Kakitangan Media Selangor memantau siaran langsung pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bagi menyampaikan berita kepada orang ramai di pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
Penguat kuasa SUK Selangor tekun mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Penghantar makanan Khairul Anuar Md Rais 35 menonton siaran langsung pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin menerusi platform Selangor TV pada 15 November 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
Kakitangan PKNS menonton siaran langsung pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin menerusi platform Selangor TV pada 15 November 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR
Peniaga di Kompleks PKNS, Shah Alam menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2025 Selangor Dinamik: Cita Sempurna Masyarakat Madani di Youtube Selangor TV pada 15 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Kakitangan kedai kopist mengikuti pembentangan Belanjawan 2024 yang disiarkan secara langsung menererusi Facebook Media Selangor di Batu Caves Selangor pada 15 Nov 2024.Foto HARUN TAJUDIN/ MEDIA SELANGOR.
Kakitangan KDEB Waste Management (KDEBWM) menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2025 bertema Dinamik: Cita Sempurna Masyarakat Madani oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook Media Selangor di Menara Bank Rakyat, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR







