ad
AGENSI

Konvensyen siswa peluang kenali kaedah pembelajaran universiti lain

8 Nov 2024, 5:53 AM
Konvensyen siswa peluang kenali kaedah pembelajaran universiti lain
Konvensyen siswa peluang kenali kaedah pembelajaran universiti lain
Konvensyen siswa peluang kenali kaedah pembelajaran universiti lain
Konvensyen siswa peluang kenali kaedah pembelajaran universiti lain

KAHERAH, 8 NOV: Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2024 disifatkan wadah terbaik untuk peserta mengenali kaedah pembelajaran dari universiti lain bagi mengembangkan pemikiran.

Penuntut Universiti Al-Azhar Ibn Qayyum Ibn Mais, 22, berkata persidangan yang mengumpulkan lebih 200 mahasiswa dianggap medium berkongsi idea dan pandangan dalam pembentangan kertas kerja.

[caption id="attachment_672071" align="alignleft" width="294"] Ibn Qayyum Ibn Mais[/caption]

“Selain berpeluang mengenali antara satu sama lain, kami dapat tahu cara pembelajaran di universiti masing-masing, seterusnya bertukar ilmu yang ada untuk dijadikan bahan ilmiah.

“Jadi, program ini wajar diteruskan setiap tahun kerana boleh jadi pembentukan untuk generasi Selangor suatu hari nanti,” kata pelajar tahun empat jurusan Syariah Islamiyyah itu.

Sementara itu, Nur Nabihah Kamarul, 23, menyifatkan makalah atau karya ilmiah diterbitkan edisi kali ini lebih meluas dengan merangkumi aspek turath serta kontemporari.

[caption id="attachment_672070" align="alignright" width="315"] Nur Nabihah Kamarul[/caption]

“Mahasiswa dapat kembangkan pemikiran mereka dan berfikir daripada sudut pandang berbeza,” katanya yang juga penuntut tahun empat jurusan Syariah Islamiyyah di universiti sama.

Bagi pelajar tahun dua jurusan Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar Ahmad Danial Khairuddin, 20, konvensyen itu mendedahkannya kaedah membuat dan membentang kertas kerja.

“Ini kali pertama saya sertai. Semestinya akan dorong semangat untuk buat perkara sama selepas ini memandangkan di Mesir kami tidak didedahkan cara pembentangan di hadapan khalayak,” katanya.

[caption id="attachment_672069" align="alignleft" width="321"] Alif Firdaus Ahmad Zainuddin[/caption]

Penuntut tahun empat jurusan Syariah Islamiyyah Alif Firdaus Ahmad Zainuddin, 22, pula menganggap penyertaan itu kesempatan berharga kerana dapat mempelajari Turath dengan lebih mendalam.

“Insya-Allah kami dapat bawa perkara tersebut kepada masyarakat Malaysia. Pembabitan dalam konvensyen ini sangat bagus kerana akan jadi contoh kepada negara,” katanya.

Berlangsung dari 5 hingga 7 November, konvensyen bertema “Memartabatkan Karamah Insaniah Dalam Memperkasa Generasi Madani” menerima 22 kertas kerja yang menyentuh beberapa tema.

Ia merangkumi adab dan akhlak, ekonomi dan kewangan, integriti dan perundangan serta kebudayaan dan kemasyarakatan dari penuntut universiti Mesir, Morocco, Arab Saudi, Jordan juga Malaysia.

Konvensyen mahasiswa itu bertujuan memanfaatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan mahasiswa Selangor Timur Tengah sebagai asas pembangunan jati diri yang kukuh serta mampan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.