ad
AGENDA

Anggota MALBATT 850-12 baru tiba di Lubnan dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan

7 Nov 2024, 3:17 PM
Anggota MALBATT 850-12 baru tiba di Lubnan dikhuatiri cedera terkena serpihan letupan

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu kira-kira 2 petang waktu tempatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa satu kenyataan media daripada Markas Angkatan Tentera Bersama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan pertama MALBATT 850-12 dalam perjalanan ke kem tugasan sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan beberapa anggota mengalami kecederaan.

Semalam, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, bermula semalam hingga 18 November ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.