SHAH ALAM, 6 NOV: Syarikat penyelenggara jalan negeri, Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menampal sebanyak 25,125 jalan berlubang, setakat 30 September.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerja baik pulih jalan berkenaan hasil tinjauan mandiri dan 259 aduan rakyat yang diterima Infrasel.
“Apabila jalan dikenal pasti di bawah Infrasel bukan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Kerja Raya, maka proses pembaikan akan dilaksana.
“Sistem pengurusan aset pintar ini antara ikhtiar memastikan jalan sentiasa terjaga,” katanya di Facebook.
[caption id="attachment_662622" align="aligncenter" width="768"] Demostrasi menampal jalan menggunakan Jetpatcher Infrasel di Dataran Pahlawan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alampada 10 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Infrasel sebelum ini turut menggalakkan orang ramai terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di laman X bersama hashtag #INFRASEL #NamaJalan #Daerah.
Sebelum ini, EXCO infrastruktur berkata RM20 juta diperuntuk untuk melaksanakan Projek Turapan Mega 2.0 bagi tahun ini.
Menurut Ir Izham Hashim, kerja menurap diutamakan kepada jalan yang memerlukan penyelenggaraan segera demi memastikan keselamatan pengguna.
[caption id="attachment_580084" align="aligncenter" width="727"] Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja menurap jalan di Jalan Baru, Sungai Buloh pada 29 April 2023. Foto Twitter INFRASEL[/caption]