ad
AGENSI

Yayasan MBI peruntuk RM2 juta jayakan program bantuan bakul makanan

5 Nov 2024, 10:00 AM
Yayasan MBI peruntuk RM2 juta jayakan program bantuan bakul makanan
Yayasan MBI peruntuk RM2 juta jayakan program bantuan bakul makanan
Yayasan MBI peruntuk RM2 juta jayakan program bantuan bakul makanan

SABAK BERNAM, 5 NOV: Sebanyak RM2 juta diperuntukkan oleh Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi menjayakan program sumbangan bakul makanan sepanjang tahun ini.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata dana itu bagi membantu lebih ramai masyarakat kurang berkemampuan melibatkan golongan berpendapatan rendah (B40) dan warga emas.

[caption id="attachment_671554" align="aligncenter" width="815"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap sempena penyerahan sumbangan wang tunai kepada penduduk yang terjejas akibat bencana di Pusat Khidmat DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada 5 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Yayasan MBI menyediakan peruntukan khas sejumlah RM1 juta untuk sumbangan bakul makanan pada awalnya, namun ia telah ditambah menjadi RM2 juta tahun ini.

“Program ini amat popular dan mendapat sambutan serta permintaan yang tinggi seluruh negeri khusus dari ketua kampung, ahli majlis dan setiap wakil rakyat di setiap daerah,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa bencana di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, di sini hari ini.

[caption id="attachment_671538" align="aligncenter" width="812"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bersama penduduk ketika penyerahan sumbangan wang tunai kepada penduduk yang terjejas akibat bencana di Pusat Khidmat DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada 5 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurut Azri, program sumbangan bakul makanan ini telah memberi manfaat kepada 30,000 penerima di seluruh negeri.

“Kawasan seperti Sabak Bernam dan daerah luar bandar antara penerima tertinggi bantuan bakul makanan yang mengandungi 13 jenis keperluan asas seperti beras, minyak dan gula yang boleh menampung bekalan dalam tempoh dua hingga tiga minggu,” jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.