Menghimpunkan 200,000 peminat sukan permotoran dari serata negara, penganjuran Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang sepanjang tiga hari sejak 1 November lalu adalah sebuah kejayaan yang membanggakan.
Litar rekaan arkitek Jerman, Hermann Tilke dengan cabaran 15 selekoh dan lapan laluan lurus berkelebaran minimum 16 hingga 20 meter di beberapa bahagian pastinya merakamkan pelbagai aksi mengujakan dari barisan pelumba.
Kelas utama saingan MotoGP kali ini dijuarai pelumba Ducati, Francesco 'Pecco' Bagnaia sekali gus membenamkan hasrat pesaingnya, Jorge Martin dari Pramac Racing untuk meraih gelaran dunia.
Dalam pada itu, acara yang menjadi tumpuan peminat sukan permotoran seluruh dunia dimanfaatkan sepenuhnya oleh Tourism Selangor bagi mempromosi warisan budaya negeri yang kaya, landskap indah dan infrastruktur termaju.
Inisiatif itu merupakan sebahagian kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) yang menyasarkan kehadiran lapan juta pelancong dengan tawaran pelancongan moden namun turut memiliki pelbagai pilihan lokasi pelancongan estetik termasuk pelancongan sukan.
Jurufoto FIKRI YUSOF dan NUR ADIBAH AHMAD IZAM merakamkan sebahagian aksi menarik pelumba dan pengunjung sepanjang MotoGP.
Turut dirakamkan acara perasmian logo TMS2025 di reruai Tourism Selangor yang disempurnakan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.
[caption id="attachment_671499" align="aligncenter" width="814"] Perlumbaan Moto3 berlangsung ketika Grand Prix Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671497" align="aligncenter" width="812"] Aksi pelumba ketika perlumbaan Tissot Sprint pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671504" align="aligncenter" width="814"] Gelagat pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini memberi pakaian kepada penyokong sebelum perlumbaan Moto3 berlangsung ketika Grand Prix Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671498" align="aligncenter" width="814"] Penyokong dari Jepun memakai pakaian tradisional mereka "Kimono" ketika menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671261" align="aligncenter" width="814"] Penyokong dari Sepanyol mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sepanyol ketika menyaksikan perlumbaan Tissot Sprint pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671500" align="aligncenter" width="814"] Aksi pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Izan Guevara semasa perlumbaan Moto2 ketika Grand Prix Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671501" align="aligncenter" width="811"] Pelumba pasukan Petronas MIE Racing RW, Muhammad Helmi Azman bersujud di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671495" align="aligncenter" width="811"] Saingan sengit antara pelumba Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia dan pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin ketika perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671496" align="aligncenter" width="814"] Sesi latihan bebas sukan motoGP pada saingan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia Petronas 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 1 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671502" align="aligncenter" width="815"] Pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia menerima piala dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menjuarai Grand Prix Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671254" align="aligncenter" width="811"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan logo Tahun Melawat Selangor di reruai Tourism Selangor ketika perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_671260" align="aligncenter" width="815"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2025 di reruai Tourism Selangor ketika perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]