Pada saat pandemik Covid-19 mengubah tatanan dunia kepada keadaan yang tidak pernah diduga sebelum ini, mekanik Mohd Yusof Mohd Noor, 29, nekad turun ke jalanan menawarkan perkhidmatan membaiki motosikal di sekitar Lembah Klang untuk bertahan hidup.
Berbekalkan motosikal yang diubah suai menjadi 'bengkel mini bergerak', Mohd Yusof yang dibantu sepupunya Mohd Aiman Nor Ihsan, 22, menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya termasuklah menukar tiub, minyak hitam, palam pencucuh dan gegancu.
"Idea asal timbul semasa Covid-19 (empat tahun lalu) untuk membantu pekerja e-panggilan. Mereka susah mencari bengkel ketika itu. Jadi, saya turun ke jalanan bagi menawarkan perkhidmatan membaiki motosikal yang terkandas di jalanan.
"Bagi menampung permintaan yang semakin tinggi, saya kemudiannya menubuhkan pasukan bagi membantu lebih ramai penunggang motosikal yang terkandas," katanya ketika ditemui di Mutiara Damansara pada 4 Oktober lalu.
Yakin bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil, pemuda asal Teluk Intan itu membuat siaran langsung di TikTok setiap kali membaiki motosikal pelanggannya bagi memastikan perkhidmatannya diketahui ramai.
Pemilik akaun TikTok @minyakhitamjalanan_ yang diikuti lebih 280,000 individu, kini sudah melebarkan operasinya di Melaka dan Johor.
Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN merakamkan sebahagian rutin harian Mohd Yusof sebagai 'hero' penunggang motosikal yang terkandas di jalanan.
[caption id="attachment_671006" align="aligncenter" width="813"]
Motosikal Mohd Yusof diubah suai menjadi 'bengkel mini bergerak' mampu memuatkan pelbagai alat ganti bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan ketika ditemui di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 4 Oktober 2024[/caption]
[caption id="attachment_671005" align="aligncenter" width="814"]
Mohd Yusof menukar minyak hitam motosikal pelanggannya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 4 Oktober 2024.[/caption]
[caption id="attachment_671008" align="aligncenter" width="813"]
Mohd Yusof menukar set rantai dan gegancu motosikal pelanggannya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 4 Oktober 2024[/caption]
[caption id="attachment_671003" align="aligncenter" width="805"]
Mohd Aiman turut sama membantu Mohd Yusof membaiki motosikal di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 4 Oktober 2024[/caption]
[caption id="attachment_671004" align="aligncenter" width="815"]
Mohd Yusof kini memiliki pasukan seramai 20 individu yang sedia berkhidmat di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor. Antara perkhidmatan yang ditawarkan pasukan Yusof termasuklah tukar tiub dan minyak hitam[/caption]


