BERITA UTAMA

EXCO: Jamal Abdillah, Franciscca Peter meriahkan Konsert Rentak Selangor 2024

24 Okt 2024, 12:00 PM
EXCO: Jamal Abdillah, Franciscca Peter meriahkan Konsert Rentak Selangor 2024
EXCO: Jamal Abdillah, Franciscca Peter meriahkan Konsert Rentak Selangor 2024

OLEH AMIRAHWANI RAHIMI

SHAH ALAM, 24 OKT: Pesta Rentak Selangor yang berlangsung pada 27 Oktober ini bakal menampilkan barisan artis tanah air terkenal era 80-an, kata EXCO Kebudayaan Dato' Borhan Aman Shah.

Menurut beliau antara artis bakal membuat persembahan ialah Datuk Jamal Abdillah, Francissca Peter, Dato Malik Rizuan, kumpulan Samudera dan Slash.

"Tahun ini kita beri ruang yang besar kepada artis artis 80an pula. Artis 80an ini masih lagi bertenaga dan mempunyai pengikut yang ramai, jadi kali ini kita fokus artis dan lagu yang popular pada tahun 80an," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Hai Selangor terbitan SelangorTV bagi mengupas intipati Pesta Rentak Selangor 2024: Evolusi Muzik dan Irama 80-an siang tadi.

Mengulas lanjut mengenai acara yang diadakan di Auditorium Wisma MBSA di sini, Borhan berkata sebanyak 1,200 tiket percuma disediakan kepada orang ramai.

"Kita juga ada menyediakan skrin besar di luar, pastikan anda tidak terlepas satu satunya kita buat kemunculan semula untuk era 80-an ini,"katanya.

Selain persembahan konsert, aktiviti lain diadakan termasuk cabutan bertuah, pasar karat, kedai kopi, kedai peralatan muzik vintage, kedai runcit era 80-an dan sebagainya.

Pendaftaran masuk ke konsert boleh dibuat menerusi pautan https://mydaftar.com/rentak-selangor/form.html

[caption id="attachment_669399" align="aligncenter" width="558"] Konsert Rentak Selangor 2024 anjuran Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri pada 27 Oktober 2024 menawarkan hadiah cabutan bertuah skuter dan dua televisyen. Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor[/caption]