SHAH ALAM, 24 OKT: Peruntukan RM600,000 bagi merancakkan ekonomi pedesaan di kampung dan pedalaman tahun depan diyakini membantu penduduk menjana pendapatan lebih tinggi.
EXCO pembangunan desa berkata rancangan menerusi Belanjawan Madani 2025 itu juga dapat mengetengahkan produk industri kecil sederhana (IKS) selain mengembangkan perniagaan penduduk.
[caption id="attachment_669695" align="alignleft" width="429"]
EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail di Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 30 JULAI 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Datuk Rizam Ismail berkata, dalam masa sama usaha berkenaan juga akan menjadikan kawasan kampung lebih terancang sekali gus membentuk suasana persekitaran menarik.
“Selangor sambut baik usaha ini dan bersedia memberikan kerjasama penuh memandangkan kita memiliki 373 desa. Ini memberi manfaat besar kepada penduduk terutama aspek ekonomi.
“Selama ini pentadbiran berusaha membantu penduduk dan ini merupakan antara langkah sokongan kerajaan. Jadi ini rancangan yang sangat baik kepada ekonomi dan persekitaran penduduk setempat,” katanya kepada SelangorKini.
Pada Jumaat, perdana menteri ketika membentang intipati belanjawan memaklumkan peruntukan RM600 juta bagi merancakkan ekonomi pedesaan di kampung, bandar pedalaman serta perkampungan Orang Asli.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkat jumlah itu sebahagian daripada RM1 juta yang disedia untuk menjayakan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).
Kerajaan turut memperuntuk RM200 juta bagi memperluas program Kampung Angkat MADANI di 200 kampung seluruh negara selain RM100 juta kepada universiti awam untuk melaksanakan program berkenaan.


