ad
AGENDA

Skuad hoki perlu kerja keras untuk ke Olimpik Los Angeles

23 Okt 2024, 1:15 PM
Skuad hoki perlu kerja keras untuk ke Olimpik Los Angeles
Skuad hoki perlu kerja keras untuk ke Olimpik Los Angeles

SHAH ALAM, 23 OKT: Skuad hoki negara perlu bekerja keras mulai sekarang bagi melayakkan diri ke Olimpik Los Angeles (LA) 2028, kata Dato’ Mirnawan Nawawi.

Bekas pengurus skuad kebangsaan berkata meski prestasi pasukan dilihat tidak konsisten ketika ini namun peluang perlu diberi memandangkan pasukan itu baharu ditubuh April lalu.

“Sebagai bekas pengurus pasukan dan ketua pasukan hoki negara, saya faham proses itu yang selalunya persiapan adalah satu kitaran.

"Kita ada empat tahun sebelum LA 2028 bermula. Saya rasa kita perlu berikan masa kepada jurulatih baharu, Sarjit Singh dan barisan pemain termasuk beberapa pemain muda yang dibawa masuk untuk mereka menjadi pasukan lebih matang," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Jr Sahara Playland yang disempurnakan Orang Besar Daerah Petaling Dato’ Emran Kadir di AEON Mall, di sini hari ini.

[caption id="attachment_669622" align="alignnone" width="715"] Kanak-kanak bermain permainan di taman permainan, Jr Sahara Playland sempena majlis perasmiannya di pusat membeli belah AEON Mall Shah Alam pada 23 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mei lalu, skuad hoki dalam dewan lelaki kebangsaan mara ke final Piala Asia 2024 selepas mengikat Iran 3-3 pada aksi Kumpulan C.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia memperoleh lima mata keseluruhan dan menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang Iran yang mengumpul tujuh mata, sekali gus menempah slot ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia pada 3 hingga 9 Februari tahun depan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.