AMPANG JAYA, 20 OKT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini merasmikan Pusat Smart Desa Selangor yang dibangunkan di Balai Raya Kampung Sri Taman Baru, di sini.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Selangor berkata pusat sehenti yang berfungsi sebagai pusat internet, pusat komuniti dan kelas tambahan dibangunkan dengan kos RM250,000.
“Ampang, Hulu Langat menjadi Pusat Smart Desa ketiga dibangunkan selepas Sungai Air Tawar, Sabak Bernam dan Kampung Endah, Kuala Langat.
“Pusat ini beroperasi menggunakan sistem solar serta mempunyai kemudahan perabot, bilik air dan akses internet,” katanya dalam kenyataan.
[caption id="attachment_669112" align="aligncenter" width="746"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari diberi penerangan selepas merasmikan Pusat Smart Desa di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Taman Baru, Ampang Jaya pada 20 Okober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Menurut agensi itu lagi, Pusat Smart Desa dibangunkan bagi memenuhi insiatif Pelan Halatuju Strategik Desa Selangor 2035 bagi meningkatkan kualiti masyarakat desa di luar bandar melalui pembangunan fizikal desa yang lebih berdaya maju.
“Smart Desa Selangor merupakan projek menaik taraf kemudahan masyarakat luar bandar bagi meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan penduduk.
“Ia menyediakan persekitaran kawasan luar bandar atau desa yang kondusif dan berkualiti mengikut keperluan masyarakat setempat,” katanya.
[caption id="attachment_669111" align="aligncenter" width="745"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama penduduk ketika majlis perasmian Pusat Smart Desa di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Taman Baru, Ampang Jaya pada 20 Okober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]


