AGENDA

Belanjawan 2025: Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan, tingkat taraf hidup rakyat

19 Okt 2024, 9:19 AM
Belanjawan 2025: Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan, tingkat taraf hidup rakyat
Belanjawan 2025: Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan, tingkat taraf hidup rakyat

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Kerajaan sentiasa peka dan komited untuk merangsang ekonomi demi meningkatkan taraf hidup rakyat serta menoktahkan kemiskinan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata komitmen ini terserlah melalui pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam, melibatkan suntikan RM421 bilion yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara.

[caption id="attachment_632818" align="aligncenter" width="745"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan. Foto BERNAMA[/caption]

"Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membantu dan memperkasakan ekonomi rakyat. Kerajaan Madani sangat prihatin serta komited untuk mengurangkan beban kos sara hidup bagi semua kaum.

“Belanjawan 2025 dengan jelas membuktikan banyak inisiatif telah dirancang untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia khususnya kumpulan B40," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial di sini hari ini.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata pelbagai inisiatif baharu dalam Belanjawan 2025 turut memberikan sinar harapan baharu kepada rakyat dan pelabur.

Ini membolehkan mereka yakin bahawa Malaysia berada di landasan yang betul ke arah kemajuan untuk mencapai visi ‘The Asian Economy Powerhouse’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.