ad
AGENDA

Seramai 4.1 juta terima Sumbangan Tunai Rahmah, anak keluarga miskin dibela

19 Okt 2024, 5:34 AM
Seramai 4.1 juta terima Sumbangan Tunai Rahmah, anak keluarga miskin dibela

SHAH ALAM, 19 OKT: Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disifatkan sebagai inklusif dan membela kebajikan rakyat terutama golongan memerlukan.

Bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat, ia adalah belanjawan ketiga Kerajaan Madani untuk membawa ekonomi ke tahap lebih baik disebalik ketidaktentuan ekonomi dunia.

Berikut bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan 2025:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

  • 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima tahun ini.
  • Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025. Penerima boleh membeli barangan asas, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
  • Kategori bujang menerima STR RM600.

Bantuan kebajikan warga emas

  • Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan.

Bantuan kebajikan anak keluarga miskin

  • RM250 untuk umur 6 tahun dan ke bawah
  • RM200 seorang untuk umur 7 hingga 18 tahun (tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga)

Bantuan pendidikan

  • RM2 bilion untuk makanan di asrama
  • RM870 untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memanfaatkan 860,000 murid.
  • RM800 juta bantuan awal persekolahan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Pendidikan tinggi

  • Peruntukan keseluruhan RM4 bilion dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan

Bayaran lesen motosikal, topi keledar percuma

  • Kerajaan menampung bayaran lesen motosikal kepada 15,000 anak muda kurang mampu seperti golongan pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan belia mencari kerja.
  • Sebanyak 67,000 keluarga susah akan terima topi keledar percuma untuk menjaga keselamatan anak-anak.

Bantuan tiket kapal terbang

  • 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya Sabah dan Sarawak diberi bantuan pembelian tiket penerbangan untuk pulang ke kampung halaman.

Kakitangan awam

  • Bantuan khas RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke Bawah, manakala pesara RM250.

Sumbangan khas guru KAFA

  • Lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut menerima sumbangan khas RM500.

Bantuan Sara Hidup untuk veteran tentera tidak berpencen

  • Jumlah bantuan dinaikan kepada RM500 berbanding RM300

Akaun Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB)

  •  Seramai 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) layak membuka akaun ASNB bernilai RM50 secara percuma.

Insentif pesawah, nelayan

  • Sejumlah RM2.78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan
  • Kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan di Semenanjung dinaikkan kepada RM84,000 manakala RM90,000 untuk Sabah dan Sarawak.

Aktiviti keusahawanan dalam talian

  • RM100 juta disediakan untuk tempoh lima tahun bagi memperkasa fungsi Pusat NADI di seluruh negara sebagai platform komuniti meningkatkan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dalam talian.

Bantuan penjaja kecil

  • RM3.2 bilion untuk pinjaman bersaiz mikro bagi membantu penjaja kecil termasuk komuniti OKU, Bumiputera dan masyarakat Cina.
  • Bank Negara Malaysia menyediakan dana pinjaman PKS sebanyak RM3.8 bilion bagi menyokong usahawan beralih ke digital dan automasi selain membantu sektor agromakanan dan amalan lestari.

Baik pulih gerai

  • RM100 juta disediakan untuk penjaja dan peniaga kecil termasuk membina gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam, ruang niaga Tamu Desa Sabah dan Sarawak dan menaik taraf kemudahan perniagaan bawah DBKL dan MARA.

Jualan Rahmah

  • Program menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap

    bulan.

  • Memperbanyak saluran program kos sara hidup bagi mengawal harga barang termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan

    sebagainya.

Skim Perubatan Madani

  • RM120 juta diperuntuk khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.