BERITA UTAMA

Saringan kesihatan percuma negeri diteruskan ke empat lokasi mulai Ahad ini

17 Okt 2024, 12:00 PM
Saringan kesihatan percuma negeri diteruskan ke empat lokasi mulai Ahad ini
Saringan kesihatan percuma negeri diteruskan ke empat lokasi mulai Ahad ini
Saringan kesihatan percuma negeri diteruskan ke empat lokasi mulai Ahad ini
Saringan kesihatan percuma negeri diteruskan ke empat lokasi mulai Ahad ini

SHAH ALAM, 17 OKT: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri, Selangor Saring akan diteruskan ke empat Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Ahad ini.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata program peringkat DUN Bukit Lanjan akan berlangsung Ahad ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Desa Jaya, Kepong, bermula 9 pagi hingga 3 petang.

Seterusnya program dijadual diteruskan pada 3 November di Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali, DUN Sementa, MPKL Banting Baru Townhall, DUN Morib (9 November) dan Dewan Serbaguna PJS 2C/6, DUN Taman Medan (10 November).

[caption id="attachment_642037" align="alignleft" width="350"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin[/caption]

“Ambil peluang ini untuk lakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, air kencing, barah, mata, gigi dan lain-lain.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya di laman Instagram.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring menerusi empat langkah berikut:

  • Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah
  • Tekan butang Selangor Saring
  • Isi borang soal selidik
  • Pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program Selangor Saring diperkenal pada 2022 bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

[caption id="attachment_662337" align="aligncenter" width="1020"] Pengunjung membuat pemeriksaan mata dalam program Selangor Saring DUN Subang Jaya di Dewan MBSJ, Subang Jaya pada 8 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_654554" align="aligncenter" width="1052"] Orang ramai menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Program Selangor Saring peringkat DUN Paya Jaras di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam pada 6 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]