ad
AGENSI

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM3.9 juta dari PNB

16 Okt 2024, 6:00 AM
Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM3.9 juta dari PNB
Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM3.9 juta dari PNB
Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM3.9 juta dari PNB

SHAH ALAM, 16 OKT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hari ini berkenan menerima zakat perniagaan lebih RM3.9 juta daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pembayaran zakat bagi tahun kewangan berakhir 2023 itu disampaikan Pengerusi PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor Dato' Setia Prof Madya Dr Anhar Opir.

[caption id="attachment_668392" align="aligncenter" width="778"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan RM3.9 juta daripada Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 16 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Mohd Sabirin ketika ditemui media merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kumpulan PNB yang melunaskan tanggungjawab rukun Islam keempat itu dengan pembayaran meningkat berbanding tahun lalu.

[caption id="attachment_668389" align="aligncenter" width="797"] Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini bercakap kepada media selepas majlis penyerahan zakat perniagaan oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 16 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Syukur Alhamdulillah, jumlah ini menunjukkan keberkatan diterima PNB yang telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk berzakat.

“Kita mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kepada PNB di atas sokongan dan komitmen selama ini dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bersama LZS,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.