ad
AGENDA

Hidupkan kembali gotong-royong, elemen penting perkukuh budaya nilai tinggi

16 Okt 2024, 1:30 AM
Hidupkan kembali gotong-royong, elemen penting perkukuh budaya nilai tinggi
Hidupkan kembali gotong-royong, elemen penting perkukuh budaya nilai tinggi
Hidupkan kembali gotong-royong, elemen penting perkukuh budaya nilai tinggi

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Amalan gotong-royong dalam masyarakat wajar dihidupkan kembali bagi memperkukuh budaya nilai tinggi dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata amalan berkenaan juga dapat membentuk perpaduan dan menjalin persaudaraan.

“Nilai murni yang terkandung dalam gotong-royong dapat memberi kesan baik kepada pembentukan dan pembangunan tingkah laku, sikap dan perwatakan dalam diri individu dan masyarakat.

“Justeru, ia wajar dijadikan elemen ini tidak boleh sama sekali dipinggir dan harus dipupuk sejak usia kecil dalam membentuk masyarakat yang tinggi nilai budayanya,” kata Dr Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Gotong Royong Amalan Budaya Nilai Tinggi dalam Perspektif Budaya dan Warisan sempena Seminar Keilmuan Budaya 2024 di sini, semalam.

[caption id="attachment_668250" align="aligncenter" width="740"] Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Dato Mohd Yusri Mohd Yusoff bersama Dr Tan Awang Besar merasmikan Seminar Keilmuan Budaya 2024 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, kira-kira 200 peserta menyertai Seminar Keilmuan Budaya 2024, program anjuran Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dengan kerjasama Aswara dan UKM yang antara lain mengupas tema budaya dan teknologi serta bahasa dan sastera.

Berlangsung sehingga hari ini, seminar turut dimuatkan dengan sesi forum yang membincangkan topik budaya nilai tinggi dan negara maju bangsa berbudaya yang akan turut menampilkan sasterawan negara sebagai pembentang kertas kerja iaitu Datuk Seri Prof Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Dato’ Dr Anwar Ridhwan.

[caption id="attachment_668252" align="aligncenter" width="842"] Persembahan tarian tradisional selepas majlis perasmian Seminar Keilmuan Budaya 2024 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]