ad
AGENSI

INSAN: Tiada hasrat batal, sebaliknya bincang hala tuju masa depan

10 Okt 2024, 11:00 AM
INSAN: Tiada hasrat batal, sebaliknya bincang hala tuju masa depan
INSAN: Tiada hasrat batal, sebaliknya bincang hala tuju masa depan
INSAN: Tiada hasrat batal, sebaliknya bincang hala tuju masa depan

SHAH ALAM, 10 OKT: Tiada perbincangan untuk membantalkan pelaksanaan program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) setakat ini, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Saipolyazan M Yusop berkata sebaliknya yang dibincangkan adalah hala tuju masa hadapan supaya hasrat Kerajaan Negeri untuk melindungi dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor dapat diteruskan.

“Sehingga tarikh hari ini tidak ada perbincangan untuk membatalkan program ini sehingga habis perlindungan (INSAN) pada 2025,” katanya ketika memberi penerangan sebagai saksi dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berhubung INSAN di Wisma Dewan Negeri Selangor, hari ini.

[caption id="attachment_667366" align="aligncenter" width="791"] Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) berhubung pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dan hala tuju masa hadapannya di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 10 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sesi pendengaran awam yang bermula 10 pagi tadi bertujuan merungkai persoalan Ahli Dewan Negeri (ADN) berhubung tatakelola, pelaksanaan dan hala tuju skim perlindungan berkenaan.

Selcat yang pengerusikan oleh Lau Weng San turut dianggotai ADN Dusun Tua, Datuk Wira Johan Abd Aziz, ADN Teratai Yee Jia Haur dan ADN Hulu Kelang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut menganggotai Selcat, ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan ADN Taman Medan Dr Afif Bahardin.

Selain Saipolyazan, sesi pendengaran berkenaan turut menampilkan dua lagi saksi iaitu mantan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Sidek dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar.

Mula dilancarkan sejak 1 Oktober 2022, INSAN adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberi perlindungan insurans kemalangan diri berkumpulan secara percuma kepada enam juta rakyat berumur 30 hari hingga 80 tahun.

[caption id="attachment_599657" align="aligncenter" width="807"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (lima, kanan) bersama waris pencarum dan pencarum melancarkan Insan Takaful sempena majlis perasmian Tekad Insani #KitaSelangor di Pusat Konvensyen Bangi, Kajang pada 4 Ogos 2023. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Norita Mohd Sidek (lima, kiri). Foto AHMADZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.