ad
EXCO

EXCO: Sedia temu Hijrah Selangor, semak semula syarat mohon pembiayaan

9 Okt 2024, 11:00 AM
EXCO: Sedia temu Hijrah Selangor, semak semula syarat mohon pembiayaan
EXCO: Sedia temu Hijrah Selangor, semak semula syarat mohon pembiayaan

SHAH ALAM, 9 OKT: EXCO keusahawanan sedia bertemu pengurusan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) bagi meneliti dan menyemak semula beberapa syarat permohonan pembiayaan.

Menurut Najwan Halimi, agensi berkenaan sebelum ini mengambil keputusan menambah baik beberapa syarat pinjaman susulan terdapat peminjam yang culas membuat pembayaran balik.

"Kita ambil keputusan untuk tambah baik syarat permohonan dana kerana sebelum ini ia agak longgar. Bila syarat longgar, ia buka ruang kepada peminjam untuk bersikap tidak bertanggungjawab.

“Saya akan bertemu Hijrah Selangor dan kita akan semak balik dan teliti mungkin ada beberapa syarat yang kita boleh pertimbang untuk longgarkan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan program perbincangan berkumpulan bersasar bersama kira-kira 100 wakil pemain industri kreatif di Hotel Sunway Resort di sini, hari ini.

[caption id="attachment_667317" align="aligncenter" width="816"] EXCO Keusahawanan Najwan Halimi (dua, kiri) bergambar bersama wakil pemain industri kreatif ketika merasmikan Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus Ekonomi Kreatif Selangor di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya pada 9 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Najwan memandang serius isu culas lunas pembiayaan pinjaman dan Hijrah Selangor kini mengambil tindakan tegas terhadap peminjam yang bersikap sambil lewa.

“Isu ini serius. Hijrah Selangor dalam proses untuk kemaskini proses kutipan dan bertindak lebih tegas terhadap peminjam yang culas,” katanya.

Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor berkata pihaknya mahu menumpukan usaha lebih serius tahun ini bagi menuntut tunggakan pinjaman berjumlah lebih RM100 juta sejak 2015.

Menurut Dato’ Mearia Hamzah, pinjaman membabitkan 16,000 akaun itu perlu dituntut bagi memudahkan pusingan modal kepada peminjam baharu.

Sejak penubuhannya pada 2015, Hijrah Selangor menawarkan pelbagai skim pembiayaan seperti Skim i-Bisnes, Skim Zero to Hero; Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NADI).

Selain itu agensi berkenaan turut menyediakan Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim bagi membantu dari segi modal serta mengembangkan perniagaan usahawan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.