AGENDA

Bomba selamatkan 28 penduduk terperangkap bah di Baling

8 Okt 2024, 8:41 AM
Bomba selamatkan 28 penduduk terperangkap bah di Baling

ALOR SETAR, 8 OKT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 28 orang yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Banggol Deram, Baling, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.43 pagi sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebanyak 28 mangsa daripada enam keluarga terlibat dalam kejadian ini apabila rumah mereka dinaiki air setinggi lebih 1.2 meter akibat limpahan air Sungai Ketil susulan hujan lebat sejak semalam.

“Kerja-kerja menyelamat menggunakan bot telah dilakukan untuk memindahkan kesemua mangsa ke Surau Banggol Deram dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.17 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat pagi tadi seramai 439 orang daripada 122 keluarga yang terjejas akibat banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.