AGENSI

Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu

6 Okt 2024, 11:45 AM
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu
Pengunjung saran Ehsan Mart anjur jualan murah lima barangan asas setiap minggu

GOMBAK, 6 OKT: Pengunjung program jualan murah barangan asas di Ehsan Mart Sungai Tua, Dataran Selayang di sini, berharap inisiatif itu diteruskan di lokasi sama pada setiap minggu

Suri rumah, Suhaida Hamzah, 43, yang telah mengunjungi Jualan Ehsan Rahmah (JER) lebih 50 kali berkata penganjuran di premis tetap memudahkan orang ramai kerana tidak perlu menyemak lokasi jualan setiap hari.

"Saya menyambut baik jualan murah barangan asas seperti ayam, beras, telur boleh dilaksana statik di satu tempat. Apabila buat di sini, tak perlu lagi kami perlu menunggu lori seperti sebelum ini. Kita sudah tahu tempat dan lebih mudah untuk membeli barangan.

[caption id="attachment_666729" align="alignleft" width="404"] Suhaida Hamzah, 43. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

“Namun apa pun saya bersyukur, boleh jimat sekurang-kurangnya 30 peratus bila memberi di sini berbanding pasar raya luar dengan kualiti barangan yang setanding dan sangat berkualiti,” katanya ditemui hari ini.

Sementara itu, kontraktor, Rifai Rapkodi, 53, berkata penganjuran JER di Ehsan Mart memberi peluang kepadanya untuk membeli barang keperluan lain yang tiada di lokasi JER.

“Jadi mudah. Kita pergi satu tempat sahaja, semua boleh dapat tidak perlu ke banyak-banyak tempat. Barangan pula lebih murah dari pasaran dan memang sangat berbaloi.

“Contoh seperti telur, di luar tidak dapat harga RM10 untuk gred B, biasanya RM12 jadi jimat di situ. Sama juga seperti ayam, sekurang-kurangnya RM14 seekor jika beli di pasar raya luar,” katanya.

[caption id="attachment_666730" align="alignright" width="404"] Rifai Rapkodi, 53. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

Program JER di Ehsan Mart Sungai Tua yang dianjur sejak semalam menjual lima barangan asas iaitu beras super special import 5kg (RM13), minyak masak 5kg (RM25), daging beku 1kg (RM10), ayam (RM10 seekor) dan telur (RM10 sepapan).

Pada 8 September, PKPS melancarkan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves yang menawarkan harga barangan asas sehingga 15 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran luar. Pasar raya itu bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

[caption id="attachment_666732" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_666761" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_666733" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_666734" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_666763" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai beratur untuk membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_666735" align="aligncenter" width="700"] Petugas membuat persiapan dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]