ad
AGENSI

Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar program kesejahteraan mental, fizikal

4 Okt 2024, 2:30 AM
Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar program kesejahteraan mental, fizikal
Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar program kesejahteraan mental, fizikal

SHAH ALAM, 4 OKT: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke pelancaran program Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) Smile Fest: Euphoria Expedition di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil dekat sini semalam.

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ke program bertemakan Ekspedisi Menjuarai Kesihatan Mental, Kecergasan dan Kemampanan itu disambut Ketua Pegawai Eksekutif APU Datuk Parmjit Singh.

APU Smile Fest merupakan program komuniti yang diterajui pelajar-pelajar APU memfokuskan kepada kesejahteraan mental, kecergasan fizikal di samping menyokong kebajikan dan kemampanan haiwan.

Berlangsung selama tiga hari sehingga esok, program itu turut memberi tumpuan kepada usaha menyokong kebajikan dan kemampanan haiwan melalui penglibatan pelajarnya sebagai sukarelawan aktif untuk Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor yang dinaungi Baginda selaku Penaung Diraja.

[caption id="attachment_666353" align="aligncenter" width="810"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenaan meninjau reruai selepas merasmikan program Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) Smile Fest: Euphoria Expedition di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil pada 3 Oktober 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Sementara itu, berucap pada majlis, Parmjit berkata penglibatan aktif para pelajarnya dalam inisiatif tersebut bukan sahaja dapat membina keperibadian pelajar tetapi turut memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.

"Secara tidak langsung, ia juga mempamer semangat perkhidmatan dan kelestarian yang menjadi teras kepada nilai universiti," katanya.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Selangor menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM30,000 bagi menyokong aktiviti SPCA Selangor dan inisiatif berkaitan.

Baginda turut dibawa melawat ke sekitar kampus APU dan berkenan beramah mesra dengan pelajar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.